Selasa, 25 Oktober 2011

Panggilan Sayang Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu." 

Sudu

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ??????? 

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator


Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Sabtu, 22 Oktober 2011

lawak

Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.

Satu hari dia bising-bising..

Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..

Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.

Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan

Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.

Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..

Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…

Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…

Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!







geLak DuLU!!! hahahahahahhahahaa!!!!!
kisah pak cik di KFC

Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi.. (senyum pakse)

pakcik : tak kelapaq mai dah.





Nenek Tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”





Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”







Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”







Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Jumaat, 7 Oktober 2011

lwak memang lawak


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK… 





ade 3 beradk brname OTAK , GILA dan GADUH ... GADUH hilang , OTAK dan GILA pegi ke balai polis ... OTAK tnggu kad lua , GILA masuk ke dlm jmpe polis...
polis:ade ape ??
gila:na cari GADUH .
polis:awk gile ke ??
gila:ye saye GILA .
polis:tade otak ke ??
gila:OTAK kad lua .
polis:kurang aja !
gila:tu pakcik saye .
polis:ko nih nk cari pasal ke ?!
gila:ta.kami na cari GADUH .
polis:#$*@!
hahahahaha :D











Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'.
Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab.
" "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak,
"Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"













seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun m'beli sekotak serbuk pembasuh dari sebuah kedai runcit.

Pekedai : byk sgt ke pakaian nak dibasuh?
Budak : Saya nak mandikan kucing saye. ^_^
Pekedai : Eh. tak boleh gunakan serbuk ney,terlalu kuat utkk kucing awak,silap2 kucing awak mati nanty.

Budak itu terus b'lalu selepas m'bayar harga serbuk basuh itu. seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai : bagaimana kucing kamu?
Budak : Mati ! :(
Pekedai : kan saye dah kata.
Budak : Tapi saye tak fikir serbuk itu yg m'bunuhnya.
Pekedai : Habis siapa yg m'bunuhnya?
Budak : Mesin basuh itu. ia berpusing terlalu laju
Pekedai : *^%$r*&%$$#

















Lawak: Man vs Pak Imam

Di sebuah warung, Man yang suka loyar buruk bertemu Pak Imam. Man mendapat idea untuk kenekan pak Imam nie.

Ikuti perbualan mereka :

Pak Imam : Man, ko naik apa datang sini tadi?

Man : Aku naik atas selipar,,then aku jalan ngan kaki pastu aku sampai la sini..

Pak Imam: (cilakak,kene aku).. Eh, Tok ketua bagitau tadi. Dia ajak ko pegi umah dia esok. Tolong sembelihkan lembu untuk kenduri umah dia.

Man : Tok ketua tak bagitau ker nak sembelih kat mana lembu tu? Aku nak siapkan tempat untuk sembelih ni.tak pasal2 darah tersembur kat laman umah dia karang.

Pak Imam: Apalah ko bangang sangat?

Man : Naper plak?

Pak Imam : Orang sembelih lembu kat TENGKUK la…mana ada org sembelih kat laman umah pulak…hahahah (hambik ko,kene sebijik)














Khamis, 6 Oktober 2011

lawak kot

Amir sedang enak menjamu selera di KFC... tiba-tiba...dia rasa nak buang angin..nak kentut kat luar tak sempat. tiba-tiba Amir dapat satu idea. Amir ingin melepaskan kentutnya mengikut irama lagu yang sedang berkumandang.

Apa lagi Amir pun melepaskan kentutnya mengikut irama lagu tersebut...bila dah habis kentut, dia perasan semua orang dalam KFC tu tengok dia...baru dia ingat...dia pakai ipod...bermakna......dia sorang je la yang dengar lagu tu n semua orang dalam KFC tu dengar dia kentut mengikut rentak lagu....

Amir berasa malu lalu terus keluar dari KFC tanpa sempat membasuh tangannya..









Pada zaman koboi . . ~
Terdapat 3 orang adik beradik ..
Yang 1st name dea SAMSENG ,
Yang 2nd name dea PISAU ,
Yang 3rd name dea GADUH....
Suatu hari . . ~~
GADUH telah hilang ^^..
SAMSENG pun pergi ke balai polismembawa PISAU bersame...

Polis :Name kau ape dan ape kau nak ?.."
Samseng :" Aku SAMSENG..bawak PISAU ke sini nak cari GADUH..."
Polis: ape ???? -_-

lawak gilo

soalan bangang yang buat orang bengang!

1) Bila orang nampak kau baring tutup mata.
s: kau tidur ke?
j: tk lah, aku training macam mana nk mati nanti.

2) Imagine kau bawa tv kau yang rosak jumpa technician suruh repair, dia mesti tanya gak:
s: nk repair tv ke?
j: tk lah, aku bosan! so saja aku bawa tv ni jalan2.

3) Time kau bangun tidur, terus si bodoh tanya kau:
s: kau dh bangun?
j: ish, aku tengah tidur sambil jalan lah bodoh~

4) Kawan kau call phone rumah kau:
s: mana kau?
j: sini, kat bus stop!

5) Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah2:
s: kau baru mandi ke?
j: mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6) Kau dalam toilet, pintu berkunci, ada gak orang ketuk pintu and tanya:
s: ada orang tk?
j: (*suara cute) mana ada orang! taik yang bercakap ni! bikin panas lah.

HAHAHAHA

Jumaat, 30 September 2011

Harijadi ke 18 Seorang anak bertanya pada ibunya. Anak : Mama, bila harijadi saya ke-18 nanti, boleh buat pesta dirumah? Mama : Boleh,Nanti mama akan aturkan. Anak : hmm,boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali? Mama : Boleh,nanti mama uruskan jemputannya. Anak : Ma,boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak? Mama : Boleh, nanti mama belikan. Maka tibalah harijadinya yang ke-18 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya. Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak? Mama : Tak boleh! Anak : Alah mama, pada harijadi ke-18 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh... Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please..... Mama : Amer!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH OK!!, kamukan Lelaki!








DIOLOG BERUANG, SINGA & BABI Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil." Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan." Babi kata: "Wa La Weh.... kalau aku selsema, satu dunia panik!"






Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bukan ! Murid : Ya Cikgu : Bukan lah Murid : Ya lah Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Taknak dengar! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai! Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar! Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk! Cikgu : Saya kata UMNO salah! Murid : Kami dengar KeADILan betul! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)






‎4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo , seorang Bangladesh dan seorang Malaysia .. Sedang dalam perjalanan , warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok.. semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye , si Amerika ni kata " its ok .. too many DOLLARs in Amerika ,".. ... tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu , si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia .. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap .. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why ?? ,". si Kongo menjawab ," there is too many cigars in Kongo ".. si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td .. belum sempat si Bangladesh kata apa2 , si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap .. dengan slamber berkata "nevermind .. too many Bangla in Malaysia ," .. :>




Anak : Ayah, mak minta cerai.... Ayah : Ape!? (terus pegi dapur) Syg knp u sanggup wat abg mcm ni. Dah la suruh anak kasi tau plak tu. Emak: Mende lak abang ni? Ayah : Ape mende2 konon..yg sayang minta cerai tu nape? Siap pesan2 kat boboi lagik ! Emak: Abg ni emo xtentu pasal nape. saye minta SERAI bukan CERAI. Dah pegi amik kan serai saya nak masak ni . Boboi : tanjat Boboi




Isteri: Sampai bile abg nak main nombor tu haaa??? Dah tua2 cube la buat prangai senonoh sikit...!! Suami: ............. Isteri: Saya malu! Saya malu tau tak?! Sudah2 la main nombor tu...bukan ade pekdahnye pun... Suami: ............. Isteri: Arghhhhh!!!!!!! Tensennye aku!!!!!! (sambil melihat suaminye dengan muke selamba menekan - nekan butang lif banyak kali) -HAHAHAHA-




Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya yg sudah uzur pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!







renung renung kn lah ye