Jumaat, 30 September 2011

Harijadi ke 18 Seorang anak bertanya pada ibunya. Anak : Mama, bila harijadi saya ke-18 nanti, boleh buat pesta dirumah? Mama : Boleh,Nanti mama akan aturkan. Anak : hmm,boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali? Mama : Boleh,nanti mama uruskan jemputannya. Anak : Ma,boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak? Mama : Boleh, nanti mama belikan. Maka tibalah harijadinya yang ke-18 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya. Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak? Mama : Tak boleh! Anak : Alah mama, pada harijadi ke-18 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh... Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please..... Mama : Amer!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH OK!!, kamukan Lelaki!








DIOLOG BERUANG, SINGA & BABI Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil." Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan." Babi kata: "Wa La Weh.... kalau aku selsema, satu dunia panik!"






Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bukan ! Murid : Ya Cikgu : Bukan lah Murid : Ya lah Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Taknak dengar! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai! Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar! Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk! Cikgu : Saya kata UMNO salah! Murid : Kami dengar KeADILan betul! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)






‎4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo , seorang Bangladesh dan seorang Malaysia .. Sedang dalam perjalanan , warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok.. semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye , si Amerika ni kata " its ok .. too many DOLLARs in Amerika ,".. ... tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu , si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia .. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap .. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why ?? ,". si Kongo menjawab ," there is too many cigars in Kongo ".. si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td .. belum sempat si Bangladesh kata apa2 , si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap .. dengan slamber berkata "nevermind .. too many Bangla in Malaysia ," .. :>




Anak : Ayah, mak minta cerai.... Ayah : Ape!? (terus pegi dapur) Syg knp u sanggup wat abg mcm ni. Dah la suruh anak kasi tau plak tu. Emak: Mende lak abang ni? Ayah : Ape mende2 konon..yg sayang minta cerai tu nape? Siap pesan2 kat boboi lagik ! Emak: Abg ni emo xtentu pasal nape. saye minta SERAI bukan CERAI. Dah pegi amik kan serai saya nak masak ni . Boboi : tanjat Boboi




Isteri: Sampai bile abg nak main nombor tu haaa??? Dah tua2 cube la buat prangai senonoh sikit...!! Suami: ............. Isteri: Saya malu! Saya malu tau tak?! Sudah2 la main nombor tu...bukan ade pekdahnye pun... Suami: ............. Isteri: Arghhhhh!!!!!!! Tensennye aku!!!!!! (sambil melihat suaminye dengan muke selamba menekan - nekan butang lif banyak kali) -HAHAHAHA-




Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya yg sudah uzur pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!







renung renung kn lah ye